TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibu maut, anak cedera motosikal dinaiki bertembung Myvi di Kulim

By
|
Kongsi
image

 

KULIM, 15 Julai – Seorang wanita berusia 39 tahun maut manakala anak perempuannya mengalami kecederaan selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kulim-Mahang, berhampiran Balai Polis Sungai Kob, petang semalam.

Mangsa, Suhana Hamid yang merupakan seorang suri rumah, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan serius pada badan, manakala anaknya berusia 15 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Kulim.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, siasatan awal mendapati insiden berlaku sekitar jam 4.40 petang ketika dua beranak itu dalam perjalanan dari arah Sedim menuju ke Taman Mutiara.

“Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dari arah bertentangan dipercayai bertembung dengan motosikal mangsa selepas kenderaan dua roda itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan,” katanya.

Perlanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan dan dipercayai turut dilanggar oleh kereta terbabit selepas mereka jatuh.

Pemandu Myvi berkenaan merupakan seorang pekerja kilang dan tidak mengalami kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

+ - reset