TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Seorang maut, lima cedera dihempap rak simpanan runtuh di kilang Sepang

By
|
Kongsi
image

SEPANG 15 Julai – Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun maut manakala lima lagi cedera selepas dihempap runtuhan rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat di sebuah kilang di Jalan Kawasan Perindustrian Olak Lempit, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kita dimaklumkan seramai enam mangsa terlibat dalam insiden. Lima daripada mereka berjaya dikeluarkan lebih awal oleh orang awam, manakala seorang lagi masih terperangkap di bawah timbunan barangan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, operasi mencari segera dijalankan dan mangsa terakhir berjaya ditemukan pada jam 11.20 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ahmad Mukhlis, lima lagi mangsa yang terselamat turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut. – Media Telus

+ - reset