Berita Berita
Pengumuman pelantikan tertinggi badan kehakiman dijangka esok – Anwar

PUTRAJAYA 15 Julai – Majlis Raja-Raja dijangka mengumumkan pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman pada Rabu, sekali gus menamatkan spekulasi dan persepsi negatif berhubung isu itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, perbincangan panjang telah diadakan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini, melibatkan pelantikan berkenaan.
“Pagi ini saya sudah berbincang panjang dengan Majlis Raja-Raja dan saya fikir biarlah mereka yang membuat keputusan. Esok, mudah-mudahan akan ada satu pengumuman yang akan menolak semua persepsi negatif terbabit,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Integriti dan Tadbir Urus 2025 di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar menjelaskan bahawa kerajaan MADANI komited terhadap reformasi dan prinsip kebebasan badan kehakiman serta menafikan wujudnya sebarang campur tangan politik dalam proses pelantikan.
“Saya boleh beri jaminan, perkara itu tidak berlaku. Kita mesti bekerja berdasarkan undang-undang dan fakta, bukan persepsi. Soal persepsi biarlah jadi urusan ahli politik.
“Azalina tahu perkara sebenar, Ketua Setiausaha Negara juga tahu bahawa tiada sebarang kes atau nama yang dipersoalkan atau dianggap kontroversi pernah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau mengakui wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat sivil dan badan profesional, termasuk Majlis Peguam, namun menegaskan bahawa semua pelantikan dilakukan secara telus.
“Saya harap ia tidak menjejaskan pendirian Majlis Peguam. Walaupun saya menafikannya dengan keras, ia masih belum memuaskan hati sebahagian daripada mereka. Mungkin kerana permainan politik tertentu,” katanya lagi.
Anwar turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah berbincang mengenai mana-mana kes mahkamah bersama mana-mana hakim sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Saya berpegang teguh kepada prinsip kebebasan kehakiman. Selepas lebih dua setengah tahun saya memegang jawatan, saya tidak pernah membincangkan sebarang kes dengan mana-mana hakim, bukan dengan Ketua Hakim, mahupun hakim lain,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 15, 2025, 8:02 pm
Kerajaan kaji semula Akta JAC 2009, bakal tambah baik proses pelantikan hakim
July 15, 2025, 7:47 pm
Dua penuntut UniPSAS, hafiz al-Quran maut dalam nahas dengan ambulans di Kuantan
July 15, 2025, 4:58 pm
Anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok terima pencen penakat PERKESO
July 15, 2025, 4:51 pm
90 anggota polis Kelantan bebas obesiti selepas sertai program khas
July 15, 2025, 4:32 pm
Polis sahkan pengasas eHati, suami ditahan
July 15, 2025, 4:15 pm
MITI: Tiada bukti penyeludupan cip AI berprestasi tinggi dikesan – Tengku Zafrul
July 15, 2025, 3:19 pm
Malaysia tekad pimpin agenda latihan masa depan di ASEAN
July 15, 2025, 3:12 pm
Sabar, rakyat akan gembira dengan kejutan kerajaan - KSN
July 15, 2025, 2:25 pm