Berita Berita
Kerajaan kaji semula Akta JAC 2009, bakal tambah baik proses pelantikan hakim

PUTRAJAYA 15 Julai – Kerajaan akan menyemak semula Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bagi tujuan penambahbaikan susulan kekeliruan yang timbul dalam proses pelantikan hakim baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut beliau, sejak JAC mula berkuat kuasa pada 2009, isu berkaitan pelantikan tidak pernah menjadi polemik awam, namun situasi berbeza berlaku kini.
“Sejak itu digunakan dalam pelantikan lima Ketua Hakim Negara, tak pernah timbul isu. Malangnya, sekarang ia menjadi isu. Jadi kita kena kaji secara mendalam.
“Kita perlu melakukan penambahbaikan, sebab sekarang ini wujud banyak kekeliruan dan tiada kejelasan dari perspektif awam,” katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti Malaysia 2025, di sini, hari ini.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Majlis Peguam Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap ketelusan pelantikan ketua badan kehakiman negara. Lebih 1,600 peguam turut berhimpun dalam satu perarakan aman menuju ke Pejabat Perdana Menteri sebagai simbol desakan terhadap kebebasan institusi kehakiman.
Mengulas lanjut, Azalina berkata proses kajian semula akan merangkumi segala aspek dalam undang-undang berkaitan pelantikan hakim.
“Di mana puncanya kekeliruan atau ketidakjelasan ini? Adakah ia berpunca daripada prosesnya atau daripada istilah yang digunakan, contohnya nama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman itu sendiri?
“Mungkin perkataan ‘pelantikan’ itu menimbulkan persepsi tertentu, saya pun tak pasti. Jadi kita perlu buat kajian,” katanya.
Jelas beliau, kerajaan akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar perundangan dan Majlis Peguam dalam proses penambahbaikan berkenaan.
“Perbincangan menyeluruh akan dilakukan. Saya juga sudah menjemput Majlis Peguam untuk terbabit pada peringkat awal, bagi memberi perspektif dan pandangan yang seimbang.
“Selepas itu, saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet untuk diputuskan arah mana yang akan kita ambil,” tambahnya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 15, 2025, 7:56 pm
Pengumuman pelantikan tertinggi badan kehakiman dijangka esok – Anwar
July 15, 2025, 7:47 pm
Dua penuntut UniPSAS, hafiz al-Quran maut dalam nahas dengan ambulans di Kuantan
July 15, 2025, 4:58 pm
Anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok terima pencen penakat PERKESO
July 15, 2025, 4:51 pm
90 anggota polis Kelantan bebas obesiti selepas sertai program khas
July 15, 2025, 4:32 pm
Polis sahkan pengasas eHati, suami ditahan
July 15, 2025, 4:15 pm
MITI: Tiada bukti penyeludupan cip AI berprestasi tinggi dikesan – Tengku Zafrul
July 15, 2025, 3:19 pm
Malaysia tekad pimpin agenda latihan masa depan di ASEAN
July 15, 2025, 3:12 pm
Sabar, rakyat akan gembira dengan kejutan kerajaan - KSN
July 15, 2025, 2:25 pm