Berita Viral
Pertama kali dapat panggilan kecemasan minta selamatkan iPhone jatuh curam bukit - APM
JELEBU 22 Julai - Buat julung kalinya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu menerima panggilan kecemasan bagi menyelamatkan sebuah telefon pintar yang terjatuh di kawasan curam bukit.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata, insiden itu berlaku pada 12 Julai lalu sekitar jam 11.45 pagi apabila seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian di Bukit Batu Sawa, anggota APM mendapati wanita terbabit bersama rakannya sedang menunggu bantuan.
“Anggota kami segera melengkapkan diri dengan peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum memulakan operasi menuruni kawasan curam berkenaan.
“Telefon pintar jenis iPhone itu dipercayai terjatuh ke dalam kawasan berbatu dengan kedalaman kira-kira 10 meter. Keadaan permukaan batu yang licin turut menyukarkan operasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Namun begitu, beliau berkata usaha anggota APM membuahkan hasil apabila telefon tersebut berjaya ditemui dan dibawa naik semula sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
“Operasi menyelamat itu selesai sepenuhnya sekitar jam 1.38 tengah hari,” jelasnya.
Tambah Mohd Najib, kes seperti ini merupakan pengalaman pertama bagi pihaknya kerana sebelum ini APM Jelebu lebih banyak terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir, kemalangan jalan raya serta bencana alam lain.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
