Berita Berita
Melaka catat negeri paling ramai orang dewasa gemuk

MELAKA 26 Julai – Masalah berat badan berlebihan dalam kalangan penduduk dewasa di Melaka berada pada tahap membimbangkan apabila negeri ini tersenarai antara yang tertinggi mencatatkan kadar obesiti di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan 34.7 peratus penduduk dewasa di negeri ini mengalami berat badan berlebihan, melebihi purata kebangsaan.
Katanya, sebanyak 28.2 peratus penduduk pula tergolong dalam kategori obesiti.
“Ini bermakna hampir 63 peratus rakyat dewasa negeri ini mempunyai masalah berat badan melebihi paras normal, jauh lebih tinggi berbanding purata kebangsaan ketika itu iaitu 30.4 peratus bagi berlebihan berat badan dan 19.7 peratus obesiti.
“Golongan berumur antara 30 hingga 49 tahun mencatatkan kadar tertinggi dengan lebih 60 peratus mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti,” katanya ketika ditemui selepas program Walkabout Premis Bebas Asap bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di Plaza Mahkota, Bandar Hilir di sini, semalam.
Tambahnya, golongan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 29 tahun turut menunjukkan peningkatan berat badan susulan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat.
Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, kadar sebenar obesiti di Melaka bagaimanapun dijangka lebih tinggi iaitu antara dua hingga lima peratus berbanding statistik NHMS.
Berita berkaitan
July 26, 2025, 9:32 pm
Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari 'flyover' di Lebuhraya DASH
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 5:18 pm
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina
July 26, 2025, 4:41 pm
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 2:30 pm
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm