Berita Berita
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar

PUTRAJAYA 26 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Ahli Parlimen mengambil contoh daripada pelajar sekolah dalam seni berbahas, khususnya dalam memperjuangkan isu secara yakin, berilmu dan beradab.
Menurut beliau, ramai pelajar terutamanya yang berada di Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 telah menunjukkan pemikiran kritis yang tinggi serta penguasaan bahasa yang mengagumkan, sambil kekal tenang dan menghormati pihak lawan.
“Saya bergurau tadi bahawa Ahli Parlimen harus melihat bagaimana pelajar ini berbahas. Mereka tegas, berpengetahuan, kuat dalam hujah mereka, tetapi masih menghormati,” katanya selepas menyaksikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 2025 di sini.
Anwar turut menyentuh perbahasan di Parlimen yang menurutnya sering dicemari dengan serangan peribadi yang disalah anggap sebagai hujah.
Beliau menegaskan bahawa sesi perbahasan di Dewan Rakyat tidak seharusnya disulami penghinaan atau maki hamun, lebih-lebih lagi apabila agama dijadikan alasan untuk menghalalkan kelakuan sedemikian.
Tambahnya, perbezaan pandangan adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang sihat, namun ia perlu disampaikan dengan penuh adab dan beretika.
“Inilah jenis kepimpinan yang kita harap dapat dipupuk, yang menjangkau langit, tetapi tetap berakar pada nilai kita,” ujar Anwar sambil memuji prestasi para pelajar yang bukan sahaja bijak berhujah, malah menonjolkan sahsiah dan disiplin tinggi sepanjang pertandingan tersebut.
Berita berkaitan
July 26, 2025, 9:32 pm
Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari 'flyover' di Lebuhraya DASH
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 5:18 pm
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina
July 26, 2025, 4:41 pm
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm
AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA, tujuan lawatan meragukan
July 26, 2025, 12:21 pm