Berita Berita
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 26 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Dataran Merdeka petang tadi bagi menghadiri himpunan pembangkang yang diterajui PAS.
Dr Mahathir yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100 dilihat mengenakan pakaian serba hitam ketika hadir ke lokasi sejurus hujan reda, sebelum diiring ke pentas utama sekitar jam 4.05 petang.
Ketibaan beliau turut disambut oleh orang ramai yang berhimpun di sepanjang Jalan Raja, di mana beliau sempat menyantuni para peserta sebelum naik ke pentas utama bersama beberapa pengawal peribadi.
Terdahulu, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilihat hadir melintasi padang Dataran Merdeka menuju ke lokasi sama.
Kedua-dua tokoh berkenaan dijangka menyampaikan ucapan kepada para peserta perhimpunan yang dijangka berakhir sekitar jam 5 petang.
Berita berkaitan
July 26, 2025, 9:32 pm
Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari 'flyover' di Lebuhraya DASH
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 5:18 pm
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 2:30 pm
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm
AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA, tujuan lawatan meragukan
July 26, 2025, 12:21 pm