Berita Berita
'Jangan cuba cetus provokasi' - Takiyuddin pesan peserta Himpunan Turun Anwar patuh garis panduan, jaga keamanan

KUALA LUMPUR 26 Julai – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan peserta himpunan pembangkang yang berlangsung hari ini agar mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan dan memastikan perhimpunan berjalan secara aman serta tertib.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memberikan peringatan itu ketika singgah memberi taklimat ringkas kepada kumpulan peserta yang berhimpun di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di ibu negara.
Takiyuddin tiba kira-kira jam 11 pagi dan sempat berinteraksi bersama para peserta sebelum bergerak ke lokasi utama perhimpunan di Dataran Merdeka.
“Kita pastikan perhimpunan berlangsung dengan aman. Kalau nampak sesiapa yang lakukan kesalahan seperti cetus provokasi, kita tangkap dan serah kepada polis,” katanya.
Dalam pada itu, peserta perhimpunan di sekitar kawasan Sogo meluahkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kawalan keselamatan yang diberikan sepanjang perhimpunan berlangsung.
Tinjauan mendapati suasana perhimpunan setakat ini berjalan lancar dan aman dengan kehadiran anggota polis yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik, termasuk pemantauan menerusi dron dari udara.
Sementara itu, penganjur perhimpunan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada peserta agar bersiap sedia bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 1 tengah hari.
Berita berkaitan
July 26, 2025, 9:32 pm
Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari 'flyover' di Lebuhraya DASH
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 5:18 pm
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina
July 26, 2025, 4:41 pm
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 2:30 pm
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm
AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA, tujuan lawatan meragukan
July 26, 2025, 12:21 pm