Berita Berita
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina

PUTRAJAYA 26 Julai – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, sedang dijalankan secara telus dan adil.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kes yang mendapat perhatian ramai itu.
“Kita menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan siasatan itu.
“Kita juga memberi sepenuh komitmen bagi memastikan siasatan itu berlangsung dengan adil,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-50 2025, di sini hari ini.
Menurut Fadhlina, KPM akan mengambil tindakan susulan berdasarkan lunas undang-undang selepas siasatan selesai dijalankan.
Beliau turut menegaskan bahawa kementeriannya tidak memandang ringan terhadap sebarang kes yang melibatkan warga KPM, khususnya berkaitan keselamatan dan kebajikan murid.
Katanya lagi, beberapa langkah intervensi krisis telah mula dilaksanakan termasuk sokongan psikologi dan emosi kepada keluarga mangsa serta warga sekolah.
“Kita juga mendapat pertolongan penuh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberi tumpuan kepada aspek psikoemosi keluarga dan warga sekolah terbabit,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Zara Qairina, 13, meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada awal pagi 17 Julai lalu.
Ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45, yang juga seorang guru, sebelum ini dilaporkan menuntut agar siasatan dijalankan secara telus dan saksama selepas mendakwa anak tunggalnya menjadi mangsa buli.
Berita berkaitan
July 26, 2025, 9:32 pm
Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari 'flyover' di Lebuhraya DASH
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 4:41 pm
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 2:30 pm
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm
AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA, tujuan lawatan meragukan
July 26, 2025, 12:21 pm