Berita Berita
Harga RON95 RM1.99 hanya untuk rakyat Malaysia, bukan warga asing – Anwar

MUAR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa harga petrol RON95 yang disubsidi pada kadar RM1.99 seliter adalah dikhususkan untuk rakyat Malaysia sahaja, manakala warga asing akan dikenakan harga pasaran semasa.
Jelas beliau, langkah itu diambil bagi memastikan subsidi kerajaan yang besar hanya dinikmati oleh rakyat tempatan, sejajar dengan prinsip keadilan sosial yang menjadi asas Kerajaan MADANI.
“Minyak petrol RON95 untuk rakyat Malaysia, kita jual RM1.99. Tetapi, untuk warga asing dan pelancong termasuk dari Singapura, mereka akan bayar harga pasaran, RM2.50 atau RM2.60 seliter. Ini bukan diskriminasi, tetapi dasar negara berdaulat yang menjaga rakyatnya,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, di sini, hari ini.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Julina Johan.
Menurut Anwar, pendekatan penyasaran subsidi ini juga dijangka membantu mengurangkan perbelanjaan negara yang sebelum ini turut dinikmati oleh golongan asing yang tidak membayar cukai atau menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.
Berita berkaitan
July 28, 2025, 6:39 pm
Usaha diplomatik Malaysia berhasil, Thailand, Kemboja setuju genjatan senjata tanpa syarat
July 28, 2025, 5:48 pm
Kerajaan teruskan Bantuan Musim Tengkujuh bantu pekebun kecil
July 28, 2025, 5:42 pm
Lelaki maut dipukul selepas tunjuk kemaluan di pasar raya Jasin
July 28, 2025, 4:50 pm
Himpunan Turun Anwar: Polis tahan Chegubard, didakwa menghasut
July 28, 2025, 4:31 pm
Polis siasat segala sudut kematian Zara, mohon orang ramai henti buat spekulasi
July 28, 2025, 4:16 pm
Guru PJ mengaku tidak bersalah miliki pil yaba
July 28, 2025, 2:59 pm
38 jemaah umrah terkandas di Jeddah pulang hari ini
July 28, 2025, 2:15 pm