Berita Berita
'Rampasan itu sama dengan mencuri' - Tun M desak Anwar jelaskan kenapa harta Tun Daim dirampas

KUALA LUMPUR 28 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan rampasan aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin, yang disifatkannya sebagai tindakan tidak sah dan seolah-olah menyerupai pencurian kerana tidak melalui proses kehakiman.
Menurut beliau, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana individu, dan hanya institusi kehakiman sahaja yang berhak melakukannya selepas seseorang melalui proses perbicaraan yang sah di mahkamah.
“Kalau (dakwaan itu) hanya diragui oleh Perdana Menteri, (tindakan) merampas harta tidak boleh berlaku. Itu salah dari segi undang-undang.
“Rampasan itu sama dengan mencuri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Dr Mahathir menegaskan bahawa walaupun nama Allahyarham Tun Daim tidak disebut secara langsung, umum mengetahui bahawa harta yang dirampas itu adalah milik beliau.
“Tun Daim sudah tiada, berikutan itu beliau tidak dapat mempertahankan diri. Oleh kerana itu, kerajaan Anwar dapat menuduh (Daim) dengan selamat,” katanya.
Beliau turut mempertahankan integriti Allahyarham dengan menyatakan keyakinan bahawa Daim memiliki kekayaan sebelum menyertai kerajaan sebagai menteri dan ketika itu sedang dalam proses menyerahkan perniagaannya kepada pihak lain.
“Selepas tidak lagi menjadi menteri, beliau kembali aktif dalam bidang perniagaan di luar negara. Tidak pula ada skandal di negara tempat beliau bergiat,” tambahnya.
Dr Mahathir juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang ingin membawa pulang aset milik Allahyarham dari luar negara atas alasan untuk kepentingan rakyat.
“Undang-undang apa yang memberi hak kepada kerajaan Malaysia untuk merampas harta rakyat Malaysia di luar negara, untuk apa tujuan sekalipun?
“Sebaliknya, yang kita lihat sekarang ialah bagaimana kroni Anwar mendapat kontrak kerajaan bernilai berbilion ringgit.
“Ada pula orang yang sedang dituduh seleweng wang kerajaan, tiba-tiba ditarik balik tuduhan. Kalau ini bukan rasuah, apakah makna sebenar rasuah?” soalnya.
Dalam kenyataan sama, Dr Mahathir turut mengkritik pelantikan anak Perdana Menteri ke jawatan tertentu tanpa melalui proses biasa.
“Sudah-sudahlah mendabik dada sebagai pejuang rasuah. Awak sendiri merestui rasuah, nepotisme dan kronisme,” katanya.
Berita berkaitan
July 29, 2025, 2:33 pm
Ahmad Fadhli didesak mohon maaf kepada Thailand, Kemboja
July 29, 2025, 2:26 pm
Hampir sejuta pengguna nikmati penjimatan susulan penangguhan kenaikan tol – Nanta
July 29, 2025, 2:16 pm
Mikrofon Ahli Parlimen Hulu Langat dimatikan gara-gara berbahas di luar skop soalan
July 29, 2025, 2:08 pm
25 PATI ditahan dalam Ops Sapu di Lojing
July 29, 2025, 2:05 pm
Murid lelaki trauma dibuli siber selepas dituduh pukul rakan sekolah
July 29, 2025, 2:03 pm
KDN haramkan dua buku, dikhuatiri jejas moral masyarakat
July 29, 2025, 1:57 pm
Remaja lelaki lemas ketika mandi di Air Terjun Pertak
July 29, 2025, 1:27 pm
MEF puji kepimpinan Anwar jayakan gencatan senjata Thailand - Kemboja
July 29, 2025, 1:02 pm
Lagi kes buli tular di Sabah pada 2023 , Fadhlina arah siasatan segera
July 29, 2025, 12:51 pm