Berita Berita
Lelaki maut dirempuh kereta ketika pulang dari kedai makan di Bahau

JEMPOL 28 Julai – Seorang lelaki maut hanya beberapa meter dari rumahnya selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 6, Jalan Bahau–Juasseh, awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Hidayatullah Mohamad, 36, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai makan yang terletak di seberang jalan, tidak jauh dari kediamannya.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa keluar dari simpang kiri jalan ketika sebuah kereta Volkswagen yang dipandu lelaki berusia 25 tahun datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bahau.
“Setiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan sedang bergerak lurus sebelum secara tiba-tiba motosikal mangsa keluar dari simpang.
“Pemandu kereta cuba mengelak ke kanan tetapi tidak sempat dan melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.10 pagi semasa menerima rawatan.
Pemandu kereta pula hanya mengalami kecederaan ringan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal di talian 016-3627746. – Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 2:42 pm
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate
July 29, 2025, 2:33 pm
Ahmad Fadhli didesak mohon maaf kepada Thailand, Kemboja
July 29, 2025, 2:26 pm
Hampir sejuta pengguna nikmati penjimatan susulan penangguhan kenaikan tol – Nanta
July 29, 2025, 2:16 pm
Mikrofon Ahli Parlimen Hulu Langat dimatikan gara-gara berbahas di luar skop soalan
July 29, 2025, 2:08 pm
25 PATI ditahan dalam Ops Sapu di Lojing
July 29, 2025, 2:05 pm
Murid lelaki trauma dibuli siber selepas dituduh pukul rakan sekolah
July 29, 2025, 2:03 pm
KDN haramkan dua buku, dikhuatiri jejas moral masyarakat
July 29, 2025, 1:57 pm
Remaja lelaki lemas ketika mandi di Air Terjun Pertak
July 29, 2025, 1:27 pm
MEF puji kepimpinan Anwar jayakan gencatan senjata Thailand - Kemboja
July 29, 2025, 1:02 pm