Berita Berita
38 jemaah umrah terkandas di Jeddah pulang hari ini
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Seramai 38 daripada 42 jemaah umrah Malaysia yang sebelum ini terkandas di Jeddah dijadualkan pulang ke tanah air hari ini menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH157 dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Menurut Berita Harian, penerbangan tersebut dijadualkan berlepas pada jam 9 malam waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia).
Empat jemaah terdahulu telah pulang ke tanah air semalam setelah membeli tiket penerbangan secara persendirian, termasuk seorang warga emas yang pulang bersama ahli keluarga kerana mempunyai janji temu di hospital.
Menurut Pengarah Urusan Persada Global Holidays Sdn Bhd, Shahir Ibrahim, syarikatnya sedang menguruskan proses membawa pulang kesemua jemaah serta menyediakan kelengkapan yang diperlukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Ya... semua jemaah akan dibawa pulang sekali gus," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang berurusan dengan syarikat penerbangan untuk menyelesaikan urusan tiket bagi semua jemaah yang masih berada di Jeddah.
Semalam, Shahir mengesahkan bahawa kesemua 42 jemaah berkenaan, termasuk seorang mutawif, berada di bawah kendalian Persada Global Holidays Sdn Bhd. Beliau juga mengakui kegagalan syarikatnya menyediakan tiket penerbangan pulang disebabkan masalah kewangan yang sedang dihadapi.
Sementara itu, seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Eja, 50-an, dari Kulai, Johor, meluahkan rasa kecewa kerana tidak mendapat maklum balas yang jelas mengenai tarikh dan tiket kepulangan mereka daripada pihak pengendali.
Beliau turut mendakwa bahawa layanan sepanjang perjalanan umrah tidak setimpal dengan bayaran yang dibuat, meskipun beliau dan suami telah mengambil pakej ‘golden’ bernilai lebih RM12,000 seorang.
"Sepanjang berada di Tanah Suci, kami hanya menaiki bas untuk urusan ibadah, dan pakej menaiki kereta api yang dijanjikan dibatalkan pada saat akhir.
"Ibadah umrah ini sepatutnya berlangsung pada April lalu, tetapi ia ditunda beberapa kali. Melihat kepada situasi ini, saya mula mengesyaki bahawa syarikat berdepan masalah kewangan," katanya.
Kejadian melibatkan jemaah yang terkandas ini menarik perhatian ramai pihak, termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang sedang mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi pelancongan terbabit.
Berita berkaitan
December 3, 2025, 6:45 pm
Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata
December 3, 2025, 4:36 pm
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun
December 3, 2025, 4:26 pm
Rafizi petik nama Nurul Izzah, Anthony Loke desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki
December 3, 2025, 4:07 pm
Hanya orang Kelantan dibenarkan dulang emas, lesen dibuka Januari
December 3, 2025, 3:38 pm
Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang
December 3, 2025, 2:19 pm
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
December 3, 2025, 2:03 pm
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok
December 3, 2025, 1:29 pm
Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan
December 3, 2025, 11:46 am
Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF
December 3, 2025, 10:25 am
