TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan teruskan Bantuan Musim Tengkujuh bantu pekebun kecil

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Julai – Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini bagi membantu pekebun kecil yang terjejas akibat cuaca tidak menentu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sebanyak RM264.91 juta diperuntukkan untuk program itu yang bakal memanfaatkan lebih 330,000 penerima di seluruh negara termasuk di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

“Bantuan ini bukan sekadar kewangan sekali beri, ia adalah talian hayat dan penyambung rezeki saat musim hujan menggugat hasil tuaian. Inilah wajah sebenar keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap pekebun kecil yang menjadi nadi industri negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Program Tuisyen Rakyat anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketidakstabilan harga komoditi dan cuaca tidak menentu setiap tahun memberi tekanan kepada pekebun kecil dari segi hasil serta pendapatan.

Justeru, BMT dilihat sebagai intervensi penting dalam dasar pembangunan luar bandar, bukan hanya sebagai bantuan ekonomi tetapi pengiktirafan terhadap keringat pekebun kecil. – Media Telus

+ - reset