Berita Berita
Malaysia sedia hantar pasukan pantau sempadan Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Malaysia bersedia menghantar pasukan pemantau ke sempadan Thailand-Kemboja sekiranya diminta oleh kedua-dua negara berkenaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam rundingan bersama ketua-ketua negara ASEAN yang bersetuju mengambil tindakan tersebut jika dipohon oleh pihak terbabit.
“Mengenai (konflik) Kemboja-Thailand, pada hari saya capai kesepakatan bersama Perdana Menteri Thailand dan Kemboja, malam itu Panglima Angkatan Tentera telah pun berlepas ke sempadan untuk berunding bagi memastikan kaedah pemantauan dilaksanakan dengan baik.
“Sekarang ini keadaan di sempadan kedua-dua negara terkawal, satelit digunakan untuk memantau situasi. Wakil pasukan pertahanan Thailand turut hadir dan pemantauan diselaraskan oleh Malaysia sebagai tanda kesediaan kita,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menghantar pasukan ke sempadan Thailand-Kemboja.
Thailand dan Kemboja sebelum ini bersetuju melaksanakan gencatan senjata berkuat kuasa tengah malam 28 Julai lalu menerusi mesyuarat khas di Malaysia, susulan ketegangan yang memuncak di kawasan sengketa Preah Vihear.
Ketegangan memuncak pada 28 Mei lalu apabila pertempuran mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja. Sempadan sepanjang 817 kilometer itu masih belum ditanda secara rasmi dan beberapa kali menjadi punca krisis diplomatik.
Menurut Anwar, keputusan sama ada tentera Malaysia diperlukan untuk memantau sempadan itu akan dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) antara Thailand dan Kemboja yang dijangka dimuktamadkan pada 7 Ogos.
“Walaupun keadaan terkawal, situasi di sempadan masih sensitif dan tegang. Apabila berlaku pembunuhan dan penembakan, ia mengambil masa untuk meredakan kemarahan. Setakat ini, kita gunakan satelit dan wakil pertahanan hanya memantau dari jauh,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 17, 2025, 2:45 pm
Rakyat tidak perlu takut kibarkan Jalur Gemilang – Fahmi
August 17, 2025, 1:39 pm
Wanita parah dirempuh pemandu mabuk meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
August 17, 2025, 1:29 pm
'Yang sudah tu sudahlah' – Zahid nasihat Tajuddin dan Azwan Bro henti sengketa demi PRU
August 17, 2025, 12:27 pm
Wanita china cederakan pegawai imigresen di KLIA dituduh esok
August 17, 2025, 11:34 am
Tiga rakan Sophia Albarkbah akan dipanggil polis, bantu siasatan kes buli siber dan gangguan seksual
August 17, 2025, 11:28 am
Siasatan kes serangan anak Rafizi diambil alih JSJ Bukit Aman
August 17, 2025, 10:30 am
CCTV kes serangan anak Rafizi temukan petunjuk positif, polis siasat mesej ugutan
August 17, 2025, 10:22 am
Wan Rosdy gesa pelaksanaan Titah Adendum Najib disegerakan tanpa perbicaraan
August 17, 2025, 10:15 am
PSP serbu dua premis jual vape haram di Kangar, rampasan RM315,900
August 17, 2025, 10:09 am