Berita Berita
Indeks Kebahagiaan 2024: Rakyat Malaysia dalam kategori bahagia
KUALA LUMPUR 12 Sept – Rakyat Malaysia berada dalam kategori bahagia dengan skor keseluruhan 7.60 berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
MHI 2024 dibangunkan melalui Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia yang menilai tahap kesejahteraan sosial berdasarkan empat dimensi utama iaitu fizikal, sosial, emosi dan spiritual. Indeks ini merangkumi 94 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen kebahagiaan.
Buat pertama kalinya, laporan MHI diterbitkan secara terperinci di peringkat negeri dan daerah pentadbiran. Sebanyak 16 laporan negeri telah dihasilkan dengan Terengganu (8.64), Johor (8.08) dan Negeri Sembilan (8.01) mencatat tahap “sangat bahagia”.
Di peringkat daerah, Kluang merekodkan skor tertinggi 9.83, diikuti Raub (9.52) dan Mersing (9.50). Secara keseluruhan, 36 daerah diletakkan dalam kategori sangat bahagia.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penerbitan MHI di peringkat mikro membolehkan penggubal dasar memahami realiti kehidupan rakyat dengan lebih mendalam serta merangka intervensi bersasar.
“Komponen keagamaan dan kerohanian (8.69) serta keluarga (8.64) menjadi penyumbang utama kebahagiaan rakyat. Manakala, kebudayaan (6.22) mencatatkan skor terendah namun masih dalam kategori bahagia,” katanya.
Dari sudut demografi, wanita (7.62) dilaporkan lebih bahagia berbanding lelaki (7.57), manakala kumpulan umur 15 hingga 19 tahun (7.79) muncul paling bahagia.
DOSM menegaskan, MHI 2024 membuktikan kebahagiaan rakyat Malaysia kekal berterusan, dipacu oleh sikap optimis, semangat kebersamaan dan daya tahan kolektif dalam mendepani cabaran global. - Media Telus
Berita berkaitan
April 23, 2026, 8:34 pm
Teksi EV dengan sistem penukaran bateri diperkenal tangani krisis bahan api
April 23, 2026, 5:29 pm
KKM sahkan Unit Perubatan Nuklear PPUM selamat, tiada bukti kluster kanser
April 23, 2026, 5:25 pm
KUSKOP gubal RUU baharu perkasa integriti, urus tadbir gerakan koperasi
April 23, 2026, 5:16 pm
Mindef tidak kompromi pegawai tentera pandu mabuk, serah siasatan kepada polis
April 23, 2026, 2:09 pm
Polis siasat dakwaan anak Ako Mustapha jadi mangsa buli di sekolah
April 23, 2026, 2:06 pm
Ahmad Fadhli sindir pihak perlekeh 'tin milo' tapi mewah hasil sakau duit zakat
April 23, 2026, 2:00 pm
Pinjaman peribadi punca utama 31,517 kes bankrap direkodkan sejak 2021
April 23, 2026, 1:55 pm
