Berita Berita
Faisal Halim, isteri batal hasrat bercerai, pilih selamatkan rumah tangga
KUALA LUMPUR 12 Sept – Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, sepakat untuk tidak meneruskan proses perceraian serta memilih untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.
Perkara itu disahkan peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut Akberdin, pasangan tersebut telah mencapai kata sepakat selepas mengadakan perbincangan beberapa hari lalu, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status rumah tangga mereka.
“Ya, mereka telah berdamai. Perbincangan kedua-dua pihak telah dibuat dan mereka bersetuju untuk meneruskan hidup bersama. Justeru, Nur Syazwani dijangka menarik balik permohonan cerai terhadap anak guam saya pada sebutan kes di Mahkamah Syariah Klang pada 16 Oktober depan,” katanya.
Sebelum ini, pada 2 September lalu, Nur Syazwani memfailkan permohonan perceraian secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Klang bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 16 Oktober depan untuk sebutan semula permohonan berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.
Faisal, 27, yang mesra digelar Mickey, berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Tahun lalu, Faisal menjadi perhatian apabila mengalami kecederaan serius akibat disimbah asid dalam satu insiden yang mengejutkan dunia sukan tanah air. Dalam tempoh pemulihan itu, isterinya sentiasa berada di sisi, memberi sokongan moral dan emosi. - Media Telus
Berita berkaitan
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
