Berita Berita
Pengarah filem Animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani ditemui meninggal dunia di Kinabatangan
KINABATANGAN 25 Sept. – Mayat pengarah filem animasi terkenal Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir, 41, ditemui di tepi sungai Kampung Batu Putih di sini, semalam.
Mangsa dilaporkan hilang sehari sebelumnya selepas kenderaan dipandu isterinya terbabas ke bahu jalan dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu. Andi dipercayai keluar dari kenderaan dan kali terakhir dilihat berhampiran jambatan sungai di kampung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 petang kelmarin dan menggerakkan empat anggota ke lokasi kira-kira 23 kilometer dari balai.
“Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pagi semalam sebelum mangsa ditemui pada jam 11.25 pagi di tepi sungai berhampiran lokasi dia dipercayai hilang,” katanya.
Difahamkan, Andi baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.
Filem Ejen Ali The Movie terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation yang diarahkan Andi pada 2019 menjadi fenomena dengan kutipan pecah panggung RM59.3 juta. Sekuelnya, Ejen Ali The Movie 2, ditayangkan pada 22 Mei 2025 dan terus mengukuhkan kedudukan sebagai filem animasi tempatan paling berjaya setakat ini. - Media Telus
Berita berkaitan
May 21, 2026, 11:05 pm
Peniaga maut, tong gas helium meletup di tapak ekspo Sungai Petani
May 21, 2026, 8:40 pm
AGC bantah semakan kehakiman kes NFA Zahid, mohon prosiding digantung
May 21, 2026, 3:33 pm
Remaja mengaku tendang muka budak 10 tahun hingga patah rahang
May 21, 2026, 2:54 pm
