Berita Berita
Mayat rentung ditemui dalam kereta terbakar di Pantai Sungai Lurus
BATU PAHAT 25 Sept. – Pasukan bomba yang memadamkan kebakaran sebuah kereta dikejutkan dengan penemuan mayat rentung di tempat duduk pemandu di Pantai Sungai Lurus, Senggarang, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rengit berhubung penemuan itu.
Siasatan awal mendapati mayat berkenaan dipercayai milik seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun.
“Bagaimanapun, pengesahan rasmi identiti akan dilakukan melalui ujian deoksiribonukleik asid (DNA). Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Balai Polis Senggarang, Sub Inspektor Abriza Yaakub di talian 019-7275995 atau balai polis berhampiran.
Sementara itu, laporan menyebut jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan kejadian kerana laluan terlalu sempit.
Pegawai Bomba Kanan II, Penolong Penguasa Bomba Norhisham Abdul Talib memaklumkan anggota bomba terpaksa menggunakan motosikal milik orang awam untuk ke lokasi.
“Pada peringkat awal, pasukan menggunakan baldi untuk mengambil air dari sungai berhampiran bagi mengawal kebakaran sebelum operasi diperkukuh,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
