TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar tingkatan empat antara ditahan dalam operasi khalwat di Kulai

By
|
Kongsi
image

KULAI 30 Sept – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat antara yang ditahan dalam operasi khalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di beberapa hotel sekitar daerah ini, malam Isnin.

Operasi bermula jam 10 malam hingga 3 pagi itu turut menahan tiga pasangan lain termasuk warga Indonesia dan Myanmar.

Jurucakap JAINJ berkata, pasangan pertama ditahan ialah lelaki dan wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an yang masing-masing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pengusaha kantin.

“Pasangan kedua pula melibatkan warga Myanmar berusia 30-an, lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala wanita berkhidmat di sebuah kilang di Senai.

“Paling mengejutkan, pasangan ketiga yang diperiksa melibatkan seorang lelaki tempatan berusia awal 20-an yang bekerja di kilang bersama teman wanitanya berusia 16 tahun yang masih bersekolah menengah,” katanya pada Selasa.

Menurut beliau, pelajar terbabit diserahkan kepada ibu bapanya selepas proses jaminan, manakala semua pasangan lain dibawa ke pejabat JAINJ untuk siasatan lanjut.

Katanya lagi, langkah pencegahan perlu diberi penekanan termasuk melalui sesi penerangan kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti bagi membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.

Kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997. – Media Telus

+ - reset