Berita Berita
Cuti tambahan sempena Deepavali 2025 diumum KPM
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sempena perayaan Deepavali 2025 yang jatuh pada Isnin, 20 Oktober, memberi khabar gembira kepada pelajar dan guru di seluruh negara.
Menurut laporan Sinar Bestari dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti tambahan diberikan pada Selasa dan Rabu bagi semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak, bagi memberi peluang warga sekolah menyambut Pesta Cahaya bersama keluarga dan rakan tersayang.
Berikut jadual cuti tambahan yang diumumkan KPM berdasarkan kumpulan negeri:
-
Kumpulan A: Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).
-
Kumpulan B: Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu).
-
Sarawak (Kumpulan B) pula akan bercuti sehari sahaja iaitu pada 20 Oktober (Isnin).
Dengan pengumuman ini, warga sekolah bakal menikmati lima hari cuti berturut-turut bermula Sabtu hingga Rabu, membolehkan mereka pulang ke kampung, menziarahi rakan atau meluangkan masa berehat sebelum menyambung sesi persekolahan.
Berita berkaitan
December 31, 2025, 10:26 am
Kerajaan MADANI tegas perangi rasuah, tidak gentar ugutan kawan atau lawan - Anwar
December 31, 2025, 9:26 am
Surat letak jawatan Hamzah Zainudin tular, Pejabat Ketua Pembangkang sahkan palsu
December 30, 2025, 4:28 pm
Kompaun hingga RM2,000 mulai 1 Januari jika buang sampah, meludah di tempat awam
December 30, 2025, 4:22 pm
Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
December 30, 2025, 4:13 pm
Ismail Ayob calon BN bagi PRK Dun Lamag
December 30, 2025, 4:11 pm
SIRAT Global Forum 2026 bakal himpun komuniti perniagaan India Muslim pada 23 hingga 25 Januari 2026
December 30, 2025, 3:17 pm
PAS tidak sertai EXCO baharu Perlis tanda solidariti, sedia lepaskan jawatan masing-masing
December 30, 2025, 2:44 pm
Polis bongkar 16 kes pecah masuk pejabat kerajaan di Johor didalangi pemandu lori ais
December 30, 2025, 2:27 pm
Mujahid tarik balik saman terhadap Takiyuddin, tamatkan pertikaian
December 30, 2025, 2:21 pm
