TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PN kekal di Perlis walaupun kepimpinan pusat letak jawatan

By
|
Kongsi
image

ARAU 30 Dis – Perikatan Nasional (PN) masih kekal di Perlis walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Pengerusi dan Setiausaha Agung PN di peringkat pusat.

Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, melalui hantaran di Facebook menegaskan negeri itu terus berada dalam PN sebagai menghormati keputusan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Perlis masih Perikatan Nasional. Keputusan DYMM Tuanku Raja Perlis dihormati,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal, turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang bakal dibentuk Menteri Besar baharu. EXCO sedia ada daripada PAS juga akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dengan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis kelapan.

+ - reset