TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tok Mat sifatkan kepulangan sukarelawan GSF kejayaan besar diplomasi Malaysia

By
|
Kongsi
image

SEPANG 8 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kepulangan 27 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai kejayaan besar hasil usaha diplomasi Malaysia serta bukti kukuh solidariti antarabangsa terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan dan usaha diplomatik berterusan yang membawa kepada pembebasan semua sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Zionis.

“Kita amat bersyukur kepada Allah SWT atas keselamatan mereka. Sekalung penghargaan kepada Perdana Menteri atas usaha diplomatik beliau yang tidak mengenal penat lelah di peringkat tertinggi bersama pimpinan negara sahabat seperti Turkiye, Mesir dan Jordan,” katanya ketika menyambut ketibaan para sukarelawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Selasa.

Menurut Mohamad, kerajaan Turkiye turut memainkan peranan penting dalam membantu pembebasan sukarelawan Malaysia yang ditahan secara tidak sah selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa pada 2 Oktober lalu.

“Alhamdulillah, rakyat kita telah selamat pulang. Terima kasih kepada Duta Turkiye dan semua pihak yang terlibat membantu menjayakan misi ini,” katanya sambil menegaskan bahawa para sukarelawan terbabit tidak pernah memasuki wilayah Israel secara haram, sebaliknya ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.

+ - reset