TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tak sempat pulang ke Malaysia, Rambo Castello meninggal dunia di Jogjakarta akibat serangan jantung

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 17 Okt - Pempengaruh media sosial terkenal, Rambo Castello atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, meninggal dunia awal pagi Jumaat di Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta, Indonesia, akibat serangan jantung.

Allahyarham berusia 59 tahun dan turut dikenali ramai dengan gelaran Cikgu Li.

Anak ketiganya, Hafizul Fazli, 30, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir jam 2.38 pagi waktu Indonesia dengan isteri, Asiah Abdullah, 55, berada di sisi.

“Jenazah bapa akan dibawa pulang ke Kampung Wakaf Zing, Jeli, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berdekatan rumah.

“Saya sedang menguruskan proses membawa pulang jenazah dan insya-Allah kami akan tiba di kampung hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan Rambo Castello yang juga kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 5 Oktober lalu selepas diserang sakit jantung dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pemergian beliau yang dikenali dengan personaliti mesra dan aktif berkongsi kandungan pendidikan serta motivasi di media sosial meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan pengikut dan rakan-rakan pendidik.

 

+ - reset