Berita Berita
Tengku Muda Pahang nafi salah laku, jelaskan cadangan tujuh pemain warisan dibuat ikut saluran sah
KUANTAN 24 Okt - Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, tampil menjelaskan bahawa cadangan tujuh pemain warisan yang kini disiasat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah dibuat mengikut prosedur yang sah dan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk penilaian lanjut.
Baginda menegaskan, semua cadangan itu dikemukakan dengan niat baik bagi membantu memperkukuhkan skuad kebangsaan serta meningkatkan mutu bola sepak tanah air.
Menurutnya, beberapa ejen telah menghubungi baginda sejak akhir tahun lalu bagi memperkenalkan pemain warisan untuk dinilai, dan nama-nama yang disyorkan telah diserahkan kepada FAM bagi menentukan kelayakan mereka.
“Saya memanjangkan cadangan terbabit kepada FAM untuk dinilai dengan lebih terperinci bagi menentukan sama ada pemain-pemain berkenaan memenuhi syarat sebagai pemain warisan dan seterusnya dipertimbangkan untuk menyertai skuad kebangsaan.
“Antara pemain yang pernah saya syorkan kepada FAM termasuklah tujuh pemain warisan yang kini terbabit dalam kes siasatan dan sekatan oleh FIFA,” titah Tengku Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
Baginda turut menjelaskan bahawa semua cadangan yang dikemukakan melalui saluran rasmi dibuat berdasarkan semangat memperkukuh Harimau Malaya, bukan atas kepentingan peribadi atau mana-mana pihak.
Tengku Abdul Rahman turut menegaskan bahawa pendekatan memperkenalkan pemain warisan dan naturalisasi bukan perkara baharu dalam bola sepak tempatan, sebaliknya pernah berjaya diterapkan oleh pasukan Pahang sebelum ini.
Baginda memberi contoh penglibatan pemain naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero dan Lee Tuck, yang pernah memperkukuh skuad negeri itu di pentas liga utama.
“Setiap usaha yang dapat membantu mempertingkatkan standard bola sepak Malaysia akan sentiasa saya sokong,” titah baginda.
Dalam masa sama, Tengku Abdul Rahman turut menzahirkan penghargaan terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) atas visi serta komitmen berterusan dalam usaha membangunkan bola sepak negara dan menjadikan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai model profesionalisme serta pengurusan moden terbaik di Malaysia.
“Bertitik tolak daripada semangat terbabit, saya juga ingin berkongsi sedikit sumbangan dan pengalaman saya dalam industri bola sepak, khususnya berkaitan proses naturalisasi calon-calon pemain serta pemain berpotensi yang layak sebagai pemain warisan untuk mewakili skuad kebangsaan,” titah baginda lagi.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 4:17 pm
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
October 24, 2025, 2:59 pm
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:38 pm
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 24, 2025, 2:33 pm
Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26
October 24, 2025, 2:27 pm
(VIDEO) Remaja 17 tahun jana RM76,000 jual video lucah dan eksploitasi seksual kanak-kanak – PDRM
October 24, 2025, 2:17 pm
PGA gagalkan cubaan seludup ganja dan beras di Pasir Mas, Tumpat
October 24, 2025, 12:57 pm
