Berita Berita
Tanah runtuh di Jalan Tun Sardon masih aktif, laluan ditutup hingga esok – Zairil
BALIK PULAU 24 Okt – Lokasi kejadian tanah runtuh di sepanjang Jalan Tun Sardon di sini masih belum selamat apabila pergerakan tanah masih aktif dikesan sejak insiden runtuhan petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata kegagalan cerun kritikal di Kilometer 5.10 Jalan Tun Sardon sekitar jam 4.50 petang semalam berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihak berkuasa mendapati cerun di kawasan itu masih tidak stabil dengan resapan air yang berterusan.
“Tapak kejadian masih belum selamat untuk dibuka semula. Jalan ini ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai jam 6 petang semalam hingga 6 petang esok bagi memberi laluan kepada kerja penilaian keselamatan dan pembersihan,” katanya ketika lawatan tapak pagi ini.
Menurut Zairil, kawasan terjejas merekodkan satu kejadian runtuhan cerun kritikal, 15 cerun terbuka, tujuh pokok tumbang, empat kejadian jatuhan batu serta satu kes mendapan jalan.
“Beberapa bahagian lain di sepanjang jalan turut mengalami pokok tumbang dan jatuhan batu besar, ada antaranya berdiameter sehingga lima kaki.
Keutamaan kini adalah kerja pembersihan dan penstabilan tapak sebelum siasatan teknikal terperinci dijalankan,” katanya.
Beliau memaklumkan, hasil siasatan akan dibentangkan kepada kerajaan negeri bagi menentukan skop, kos dan tempoh pelaksanaan kerja pembaikan serta mitigasi.
Zairil turut mengesahkan dua lagi kejadian tanah runtuh baharu yang tidak kritikal dilaporkan lewat malam Khamis di Residensi 2, Teluk Kumbar dan Bukit Belah berhampiran SK Sungai Batu.
Selain itu, 31 kes pokok tumbang dilaporkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan tindakan segera diambil oleh pasukan gabungan MBPP, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta polis.
Beliau turut mengesahkan kejadian runtuhan cerun di Bukit Bendera, manakala penutupan separa dilaksanakan di kawasan Titi Kerawang sepanjang jalan persekutuan atas faktor keselamatan.
Zairil berkata, sejak 21 Oktober lalu, beberapa kejadian tanah runtuh kecil, jatuhan batu dan pokok tumbang turut berlaku di beberapa kawasan termasuk Pearl Hill, Miami Green, Puncak Bukit Mutiara, Empangan Air Itam, Eco Terraces, Jalan Paya Terubong dan Jalan Teluk Bahang.
“Kita lihat corak cuaca semakin ekstrem walaupun belum masuk musim monsun. Kejadian tanah runtuh kini makin kerap — ini jelas kesan perubahan iklim yang tidak boleh kita abaikan,” katanya.
Beliau menasihatkan orang awam supaya mengelak melalui kawasan berisiko tinggi ketika hujan lebat dan sentiasa peka dengan maklumat penutupan jalan semasa.
Untuk laporan atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline MBPP (016-200 4082), talian bencana JKR (03-2610 7727) atau membuat laporan melalui aplikasi mudah alih Pearl Apps.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 4:17 pm
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
October 24, 2025, 2:59 pm
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:38 pm
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 24, 2025, 2:33 pm
Menteri Ekonomi ASEAN dijamu nasi lemak sempena Mesyuarat AECC ke-26
October 24, 2025, 2:27 pm
(VIDEO) Remaja 17 tahun jana RM76,000 jual video lucah dan eksploitasi seksual kanak-kanak – PDRM
October 24, 2025, 2:17 pm
PGA gagalkan cubaan seludup ganja dan beras di Pasir Mas, Tumpat
October 24, 2025, 1:05 pm
Tengku Muda Pahang nafi salah laku, jelaskan cadangan tujuh pemain warisan dibuat ikut saluran sah
October 24, 2025, 12:57 pm
