TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga daerah di Perak dilanda banjir, mangsa banjir cecah 2,200 orang

By
|
Kongsi
image

IPOH 24 Okt – Tiga daerah di negeri ini terjejas ekoran bencana banjir dengan jumlah mangsa keseluruhannya setakat pukul 12 tengah hari ini adalah seramai 2,200 orang melibatkan 756 buah keluarga.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, tiga daerah terbabit ialah Larut Matang dan Selama, Manjung serta Perak Tengah.

“Seramai 1,734 mangsa (606 keluarga) di Larut, Matang dan Selama ditempatkan di 19 buah pusat penempatan sementara (PPS) manakala di Manjung terdapat 466 mangsa (150 keluarga) di tiga PPS manakala sebuah PPS di Perak Tengah iaitu Sekolah Menengah Layang-Layang Kiri di Parit telah dibuka pada pukul 11 pagi tadi,” katanya di sini hari ini. 

+ - reset