TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPM siap sedia hadapi sebarang bencana menjelang SPM 2025

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 24 Okt - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa pihaknya cakna terhadap keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam, khususnya banjir menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM berjalan lancar.

“KPM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan komited dengan langkah persediaan serta prosedur operasi standard yang sewajarnya bagi memastikan peperiksaan SPM dapat diteruskan dengan lancar dan teratur,” katanya.

Kementerian turut menasihatkan calon peperiksaan SPM supaya segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya mereka terlibat atau terkesan dengan bencana alam.

Selain itu, calon juga boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan atau JPN di seluruh negara bagi mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut.

Antara talian yang boleh dihubungi Lembaga Peperiksaan: 03-8889 3520 / 03-8889 3551 / 03-8889 3601 JPN Perlis: 04-973 7632 / 04-973 7631 JPN Kedah: 04-740 4237 / 04-740 4235 / 04-740 4247 JPN Pulau Pinang: 04-263 1472

JPN Perak: 05-501 5170 / 05-501 5177 / 05-501 5264 JPN Selangor: 03-5518 6112 JPN Negeri Sembilan: 06-765 3347 JPN Melaka: 06-232 6467 / 06-232 3780 JPN Johor: 07-231 0049 / 07-231 0050 / 07-231 0051JPN Pahang: 09-571 5736 JPN Terengganu: 09-621 3030 JPN Kelantan: 09-744 1411JPN Sabah: 013-874 4187 / 010-955 6458JPN Sarawak: 082-473 527 / 082-473 519 / 082-473 534 Wilayah Persekutuan (WP) Labuan: 087-468 623 WP Putrajaya: 03-8889 0083 WP Kuala Lumpur: 03-6204 6180.

Peperiksaan bertulis SPM 2025 dijadualkan bermula pada 25 November 2025 dan berakhir pada 23 Disember 2025.

+ - reset