Berita Berita
Adik hilangkan 1 juta point Roblox punca dikelar abang di Batu Pahat - Polis
JOHOR BAHRU 29 Okt - Polis tidak menolak kemungkinan permainan dalam talian popular Roblox menjadi antara punca insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher dalam kejadian di Batu Pahat, kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata kejadian berlaku di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, apabila mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher serta luka tikaman pada badan.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kecederaan itu berkemungkinan dilakukan oleh abang mangsa berusia sembilan tahun.
“Motif kejadian masih dalam siasatan, namun ada kemungkinan ia berkaitan dengan permainan dalam talian Roblox yang dimainkan oleh abang mangsa menerusi telefon pintarnya,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Ab Rahaman berkata, abang mangsa dipercayai bermain Roblox secara berlebihan dan berjaya mengumpul kira-kira satu juta mata permainan, sebelum telefon pintarnya dipercayai rosak oleh adiknya, menyebabkan data permainan tersebut hilang.
“Siasatan awal menunjukkan abang mangsa mungkin terpengaruh atau mengalami halusinasi akibat permainan video, seolah-olah disuruh mencederakan ahli keluarganya.
Dia dipercayai mengambil sebilah pisau dari rumah dan mencederakan adiknya sendiri, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Batu Pahat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Kami belum dapat merakamkan kenyataan mangsa kerana dia masih belum pulih sepenuhnya.
Mangsa dan abangnya kini berada di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)memandangkan mereka di bawah umur,” katanya.
Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu berusia 41 tahun direman dua hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 11:21 am
Pemandu mabuk berdepan hukuman mati didakwa bunuh penunggang motosikal di Klang
April 1, 2026, 10:48 am
Ibu tunggal, dua anak ditahan subahat 'simpan' kekasih dalam rumah
April 1, 2026, 10:20 am
“Saya nak nyawa dibalas nyawa” – Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk tuntut keadilan
April 1, 2026, 10:09 am
MCMC siasat 3 individu sebar berita palsu tarif elektrik
April 1, 2026, 10:01 am
Beri alasan hantar 'check-in' inap desa, lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat
April 1, 2026, 9:47 am
Anne Ngasri dilantik Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur
April 1, 2026, 9:38 am
Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg PM arah tangguh dedah hasil siasatan Azam Baki
March 31, 2026, 10:41 pm
Yayasan Kubra menang di mahkamah, perintah siasatan kuil di Rawang dibatalkan
March 31, 2026, 8:49 pm
Isu pemandu mabuk perlu pencegahan berkesan, bukan hukuman mati – Kasthuri
March 31, 2026, 8:33 pm
