Berita Berita
Polis siasat video tular terbaru kes tembak di stesen minyak di Klang lagi
KUALA LUMPUR 13 Nov - Satu lagi insiden tembakan dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Klang, sehingga tular di media sosial hari ini.
Kejadian itu dirakam orang awam yang berada di lokasi, menerusi video berdurasi satu minit 17 saat yang menunjukkan kenderaan suspek cuba melarikan diri selepas kejadian.
Dalam rakaman berkenaan, sebuah kenderaan berwarna putih dipercayai dipandu suspek dilihat memecut meninggalkan lokasi, manakala mangsa kelihatan terduduk dengan keadaan tidak diketahui.
Beberapa orang awam turut dilihat cuba membantu serta bertanyakan keadaan mangsa, selain satu objek dipercayai peluru atau kelongsong turut ditemui di lokasi seperti yang dipaparkan dalam video tular itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang selepas tinggalkan rumah di Hulu Kelang
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
