Berita Berita
Kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan dua kereta di Jalan Kuala Pilah–Melang
KUALA PILAH 22 Nov – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah–Melang, berhampiran sebuah stesen minyak, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kemalangan kira-kira pukul 3.55 petang itu membabitkan dua Perodua Bezza masing-masing dipandu lelaki berusia 34 dan 25 tahun.
Siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berusia 25 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Tindakan itu menyebabkan pemandu berusia 34 tahun yang turut membawa isteri, anak perempuan berusia tiga tahun dan anak saudara berusia 16 tahun dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban gagal mengelak lalu melanggar kenderaan tersebut,” katanya.
Impak pelanggaran menyebabkan kanak-kanak terbabit yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).
“Pemandu lelaki bersama isterinya berusia 28 tahun, anak perempuan mereka serta pemandu berusia 25 tahun turut cedera dan masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 2:39 pm
'Kalau kurang 10 sen pun terus maklum' - Fadhlina minta ibu bapa adu jika BAP dipotong
January 13, 2026, 2:00 pm
Hannah Yeoh menang rayuan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara
January 13, 2026, 1:33 pm
JAIM siasat dakwaan hotel butik ‘mesra gay’ di Melaka
January 13, 2026, 1:28 pm
JAIS pantau isu ‘Glamping With Pride’, tiada kompromi jika langgar undang-undang
January 13, 2026, 1:03 pm
Contohi kejayaan Sarawak, MIC cadang kerajaan sedia bas sekolah percuma di seluruh negara
January 13, 2026, 12:39 pm
Kes rasuah libatkan pegawai tertinggi ATM berskala besar – Azam Baki
January 13, 2026, 10:42 am
'Tiada pelajar akan tercicir' - Asyraf Wajdi arah pengurusan MARA cari, pujuk pelajar miskin daftar sekolah
January 13, 2026, 10:23 am
Bersatu kekal setia, berprinsip dalam Perikatan Nasional – Azmin Ali
January 13, 2026, 10:16 am
DBKL keluarkan 21 tindakan sita, kompaun banteras penjaja warga asing di Pasar Borong KL
January 13, 2026, 9:38 am
