Berita Berita
METMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang, 3 negeri
KUALA LUMPUR 24 Nov - Cuaca tidak menentu terus melanda beberapa negeri apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku pada pagi ini.
Menerusi kenyataan MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu melibatkan kawasan sekitar Lembah Klang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Bera, Pahang; manakala Selangor membabitkan kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
"Situasi sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka," kata kenyataan itu yang dikeluarkan pagi ini.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) bagi kawasan perairan Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Keadaan angin kuat serta laut bergelora itu dianggap berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan air.
MetMalaysia turut memaklumkan paras air laut dijangka meningkat di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga esok.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 7:41 pm
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
January 13, 2026, 7:34 pm
Najib kembali ke Mahkamah Tinggi bela diri dalam saman sivil SRC RM42 juta
January 13, 2026, 5:22 pm
Ahmad Zahid sahkan sudah bertemu Akmal Saleh
January 13, 2026, 5:15 pm
Hotel didakwa ‘gay friendly’ di Melaka tutup sementara operasi
January 13, 2026, 5:10 pm
KDN nafi imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu tular di media sosial
January 13, 2026, 5:06 pm
MCMC bakal ambil tindakan undang-undang terhadap X dan xAI berhubung isu keselamatan Grok
January 13, 2026, 5:00 pm
Konstabel disyaki tampar penunggang motosikal dipanggil bertugas bantu operasi trafik
January 13, 2026, 2:39 pm
'Kalau kurang 10 sen pun terus maklum' - Fadhlina minta ibu bapa adu jika BAP dipotong
January 13, 2026, 2:00 pm
