TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jawi siasat dakwaan cakera brek motosikal bercorak lucah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Nov – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung sebuah video tular yang mendakwa terdapat pihak mengeluarkan dan menggunakan cakera brek motosikal mengandungi lambang lucah.

Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan berkata, walaupun video tersebut memaparkan bentuk aksesori berkenaan, namun lokasi pengeluaran produk itu tidak dimaklumkan.

“Kita mengambil perhatian berkaitan video dimuat naik seorang pengguna media sosial yang memaklumkan terdapat pihak mengeluarkan dan menggunakan cakera brek motosikal mempunyai lambang lucah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hanifuddin, Jawi akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana isu berkenaan melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan bercanggah dengan tatasusila rakyat Malaysia.

“Jawi turut menasihati para pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan apa-apa lambang lucah pada produk dan barangan kegunaan mereka,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu sambil menegur tindakan pihak yang menjadikan peralatan motosikal sebagai bahan gurauan berunsur lucah.

“Kau letak lambang yang tak sepatutnya pada disc motosikal. Yang buat itu pun orang Islam, malulah sikit. Orang bukan Islam pun tak buat macam itu. Tak semua benda boleh open minded,” katanya dalam video tersebut.

+ - reset