Berita Sukan
Xisco Munoz akui JDT ‘kehilangan identiti’ tanpa Arif Aiman
ISKANDAR PUTERI 1 Dis – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz meluahkan rasa teruja selepas skuad Harimau Selatan mara ke final Piala FA musim ini dengan menewaskan Kuching City FC 2-0, sekali gus mencatat agregat 4-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Namun, di sebalik kemaraan itu, Muñoz mengakui beliau amat merindui sentuhan pemain bintang, Arif Aiman Hanapi, yang disifatkannya sebagai pemain terbaik di Asia ketika ini.
Menurutnya, ketiadaan Arif Aiman, 23, akibat kecederaan memberi kesan besar kepada kekuatan pasukan walaupun JDT masih mampu meraih keputusan positif.
“Ya, kami merinduinya 100 peratus. Dia pemain terbaik di Asia ketika ini. Apabila anda kehilangan pemain terbaik, normal untuk pasukan kehilangan ‘sesuatu’.
“Dia istimewa untuk semua. Dia identiti pasukan. Biasanya apabila kehilangan pemain seperti ini, pasukan pasti hilang sesuatu yang istimewa,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Arif Aiman direhatkan sejak beberapa minggu lalu susulan kecederaan yang memaksanya diketepikan daripada beberapa aksi penting.
Muñoz berkata, keutamaan kini adalah untuk membantu pemain itu pulih segera, sambil memastikan privasi pemain dan pasukan terus terjaga.
“Salah satu perkara yang perlu kami lakukan ialah membantu dia pulih secepat mungkin termasuk memberikan privasi maksimum kepada pemain dan pasukan. Kami bekerja keras untuk pastikan dia pulih dengan baik.
“Perkara positifnya, bila dia kembali nanti, kami berharap dia kembali lebih kuat. Itu paling penting untuk kami,” tegasnya.
Dalam pada itu, Muñoz enggan menghuraikan secara terperinci tahap kecederaan Arif Aiman kerana bimbang menyampaikan maklumat kurang tepat disebabkan kekangan bahasa.
“Saya tahu apa masalahnya, tetapi saya tidak mampu jelaskan dengan tepat dalam bahasa Inggeris. Lebih baik tanya doktor kelab kerana mungkin saya akan beritahu sesuatu yang tidak tepat,” katanya.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 10:57 am
Pan-gon akui Selangor FC perlu kejar standard JDT demi Liga-M lebih kompetitif
January 10, 2026, 10:41 pm
Tengku Zafrul dedah BAM belanja RM55 juta setahun, rancang ketelusan kontrak pemain
January 6, 2026, 10:58 am
JDT akui prestasi belum terbaik tanpa Arif Aiman
January 3, 2026, 4:32 pm
Arif Aiman ranking keempat dunia statistik gelecekan, satu-satunya wakil Asia
December 24, 2025, 5:05 pm
FAM buat laporan polis dakwaan pemalsuan dokumen pemain warisan
December 19, 2025, 7:54 pm
Malaysia cipta rekod baharu 221 pingat Sukan SEA di luar Kuala Lumpur
December 18, 2025, 11:18 pm
Sukan SEA: Kabaddi lelaki lakar sejarah raih emas sulung
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
