Berita Berita
Dua budak perempuan 5 tahun dari kampung sama hilang sejak semalam, operasi SAR besar-besaran dilancar
KUCHING 7 Dis – Kehilangan dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sejak pagi Sabtu di Kampung Pasir Pandak, dekat Santubong, mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Unit K9, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung.
Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 8 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi, sejauh 16 kilometer, dan tiba pada jam 8.17 malam.
Mangsa dikenali sebagai Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie, kedua-duanya berusia lima tahun dan tinggal di alamat sama di Kampung Pasir Pandak.
Difahamkan, pada jam 9 pagi kedua-duanya dilihat keluar menuju ke rumah nenek yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka untuk bermain bersama sepupu.
Bagaimanapun, sekitar jam 11 pagi, bapa salah seorang mangsa menyedari kedua-duanya tiada di kawasan permainan, sebelum usaha pencarian dilakukan oleh keluarga tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.
Pencarian penduduk kampung bersama keluarga diteruskan sehingga jam 4 petang namun masih gagal menemui mereka sehingga jam 6 petang. Laporan polis kemudiannya dibuat bagi mendapatkan bantuan agensi penyelamat.
Operasi SAR kini diteruskan dengan penyertaan pelbagai agensi secara menyeluruh.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
