Berita Berita
Bukan lelaki sahaja, remaja perempuan bawah umur terlibat kes rogol suka sama suka akan didakwa di Mahkamah Syariah Kelantan
KOTA BHARU 18 Dis – Polis Kelantan akan merujuk kes rogol yang dikenal pasti berlaku secara suka sama suka membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun ke bawah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, langkah itu bertujuan membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap remaja perempuan bawah umur yang terlibat dalam perlakuan berkenaan.
Menurut beliau, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu.
"Pelaksanaannya telah bermula sejurus selepas mesyuarat berkenaan.
"Langkah tersebut adalah susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes-kes rogol yang didapati melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.
Menurut Mohd Yusoff, setakat ini sebanyak lima kes telah dirujuk kepada Jaheaik, namun perkara itu belum diumumkan kepada umum sebelum ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan di bawah kesalahan ambang seksual Seksyen 14(a) juga akan didakwa di Mahkamah Syariah.
Mengulas trend semasa, Mohd Yusoff berkata, statistik kes rogol di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan berbanding tempoh sebelumnya.
"Kita tidak menolak kemungkinan penurunan ini berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani untuk membuat laporan.
"Kebanyakan laporan yang diterima dari pegawai perubatan selepas mangsa di dapati hamil," katanya.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 6:13 pm
Wan Ahmad Fayhsal turut dipecat keahlian BERSATU
February 13, 2026, 5:58 pm
Hamzah Zainuddin dipecat keahlian BERSATU berkuat kuasa serta-merta
February 13, 2026, 5:24 pm
Wanita sarat hamil maut disyaki dibunuh suami guna lesung batu di Kota Tinggi
February 13, 2026, 12:46 pm
Puad gesa siasatan segera dakwaan ‘Mafia Korporat’ kaitkan SPRM
February 13, 2026, 12:41 pm
Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan bangunan di Cyberjaya
February 13, 2026, 12:35 pm
Pelajar Tingkatan Lima ditahan kes buli guna puntung rokok di asrama
February 13, 2026, 11:57 am
Anwar, Musa Aman bincang agenda pembangunan Sabah di Seri Perdana
February 13, 2026, 11:49 am
Lelaki 71 tahun mengaku bunuh wanita, motif isu pertunangan
February 13, 2026, 11:44 am
