TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mayat bayi perempuan ditemui di tandas awam Bukit Serindit

By
|
Kongsi
image

MELAKA 13 Feb – Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini pada Jumaat.

Penemuan itu menggemparkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan sebelum pihak berkuasa dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Bayi terbabit dipercayai diletakkan berhampiran sinki tandas dan dibungkus menggunakan kain telekung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menerusi perkongsian di Facebook meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap kejadian tersebut.

Menurutnya, insiden itu amat menyayat hati lebih-lebih lagi berlaku pada pagi Jumaat.

Beliau turut menggesa orang ramai mendapatkan maklumat lanjut daripada laporan portal berita berhubung kejadian berkenaan.

Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran lanjut kes tersebut dan siasatan masih dijalankan.

+ - reset