Berita Berita
Muatnaik gambar dengan Ahmad Zahid, isu kenyataan dua kem dalam DAP tidak gugat Kerajaan Perpaduan – Anthony Loke
KUALA LUMPUR 19 Jan - Kontroversi susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa DAP mempunyai dua kem tidak menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan.
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menerusi satu hantaran di media sosial hari ini, apabila beliau memuat naik gambar bersama Ahmad Zahid serta beberapa anggota Jemaah Menteri lain.
Anthony Loke memaklumkan, beliau menghadiri Majlis Perasmian Sidang Parlimen Penggal Kelima, Parlimen ke-15 bersama rakan-rakan Kabinet pada pagi tadi.
Menurutnya, perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin adalah perkara biasa dalam sesebuah kerajaan, namun ia tidak menjejaskan fokus utama pentadbiran negara.
“Walau apa pun perbezaan dalam kalangan kita, Kerajaan Madani terus kukuh dan stabil demi sebuah pentadbiran yang boleh memajukan negara dan mensejahterakan rakyat,” katanya.
Hantaran itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa pimpinan Kerajaan Perpaduan memilih pendekatan matang dengan mengutamakan kestabilan politik serta kepentingan rakyat berbanding polemik perbezaan pandangan.
Sebelum ini, Anthony Loke menafikan dakwaan wujud beberapa kem dalam DAP yang mengeluarkan kenyataan bercanggah.
“DAP tidak mempunyai pasukan A, B atau C. Sebaliknya, kami hanya mempunyai satu pasukan iaitu ‘Team DAP’,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor.
Berita berkaitan
February 9, 2026, 12:19 pm
Tak sayang nyawa, polis tahan dua remaja buat aksi wheelie seret kepala di Jalan Tun Razak
February 9, 2026, 12:09 pm
JKM kesan ibu bapa bayi ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya
February 9, 2026, 12:01 pm
(VIDEO) Pesara cedera dipukul, diugut susulan kemalangan kecil di Batu 9 Cheras
February 9, 2026, 11:24 am
Hanya 10 peratus bekerja sendiri dilindungi PERKESO, penjaja antara paling terdedah risiko
February 9, 2026, 11:23 am
'Jangan cari masalah, kerajaan tak halang ternak babi tapi pilihlah tempat yang jauh' - Anwar
February 9, 2026, 11:03 am
SARA Untuk Semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah
February 9, 2026, 9:46 am
11 MoU antara Malaysia dan India bukti negara terus dipercayai, keberkesanan kepimpinan Anwar - Ramanan
February 9, 2026, 9:25 am
Tapak pelupusan sisa setinggi enam meter terbakar, operasi padam hampir 10 jam
February 9, 2026, 9:19 am
