Berita Berita
Bomba redah api selamatkan budak 13 tahun terperangkap dalam bilik di Puchong
PUCHONG 20 Jan - Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan remaja lelaki berusia 13 tahun selepas satu unit apartmen di tingkat tiga Pangsapuri Sri Pulai, di sini, terbakar, pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.59 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 7.09 pagi.
Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah apartmen di tingkat tiga yang terbakar 80 peratus.
"Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan dari dalam biliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, api dapat dikawal pada jam 7.33 pagi ini.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
Pendaftaran murid enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula 2027
January 21, 2026, 12:01 pm
Penunggang motosikal ditahan polis lepas aksi 'superman' tular
January 21, 2026, 11:55 am
Kecuaian pemandu punca utama kemalangan, bukan reka bentuk jalan – Nanta
January 21, 2026, 11:40 am
Mara siasat dakwaan penderaan kanak-kanak di taska swasta Shah Alam - Asyraf Wajdi
January 21, 2026, 11:28 am
