Berita Berita
PDRM siasat kematian pegawai VAT 69 ketika latihan menyelam di Sabah
KUALA LUMPUR 23 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan susulan kematian seorang pegawai elit Unit VAT 69 Komando semasa menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah pada Khamis.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan terperinci itu bertujuan mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk menilai pematuhan prosedur latihan, penggunaan peralatan serta aspek kesihatan dan keselamatan mengikut peraturan serta tatacara operasi standard (SOP) ditetapkan.
"PDRM mengesahkan bahawa seorang pegawai Unit VAT 69 Komando telah meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam.
"Pegawai berkenaan telah diberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, seluruh warga PDRM turut merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin.
Mohd Khalid berkata, PDRM mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan tersebut.
Terdahulu, seorang pegawai kanan Unit VAT 69 Komando PDRM dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah pada pagi Khamis.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:38 am
JPN gesa henti sebar video lama upacara perkahwinan bukan Islam babit Saifuddin
October 17, 2026, 10:30 am
24 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang paling tinggi
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
