Berita Berita
'Tak tergamak saya ambil gaji ketika ada yang tak mampu ke sekolah' - Dr Akmal infak gaji demi anak Melaka tak tercicir pendidikan
KUALA LUMPUR 24 Jan - Keprihatinan terhadap kebajikan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan terus mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau merangkap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan kesediaannya menginfakkan gaji bulanannya bagi membantu mereka yang memerlukan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Akmal menyuarakan kebimbangan terhadap nasib anak-anak yang masih belum memiliki buku sekolah atau tidak mampu melunaskan yuran persekolahan susulan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Beliau berkata, terdapat keluarga yang memilih untuk berdiam diri walaupun berdepan kesempitan kewangan demi menjaga maruah dan harga diri, sekali gus menyebabkan keperluan anak-anak mereka terlepas pandang.
Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa atau penjaga yang memerlukan bantuan supaya tampil memaklumkan keadaan sebenar agar sokongan sewajarnya dapat disalurkan.
Difahamkan, langkah itu diambil bagi memastikan tiada anak-anak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan daerah Jasin tercicir daripada arus pendidikan hanya disebabkan kekangan kewangan.
Dr Akmal turut menyatakan rasa tidak sampai hati untuk menerima gaji sedangkan masih ada anak-anak di bawah tanggungjawabnya yang tidak dapat bersekolah dengan sempurna.
“Susah kita kadang-kadang orang tak tahu.
“Kepada sesiapa warga DUN Merlimau ataupun warga Jasin, yang anak-anaknya masih lagi belum beli buku sekolah atau yuran sekolah, tolong maklum kepada saya untuk saya kongsi rezeki.
“Saya nak infakkan gaji saya bulan ini untuk belikan buku anak-anak dan yuran sekolah supaya anak-anak kita dapat belajar sama dengan anak orang lain.
“Tidak tergamak saya ambil gaji ketika ada anak-anak di bawah jagaan saya tidak mampu ke sekolah dengan baik.
“Kita kongsi rezeki dan kasih sayang bersama,” tulisnya dalam hantaran itu.
Usaha murni berkenaan diharap bukan sahaja dapat meringankan beban ibu bapa, malah menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu dan membina masa depan yang lebih baik.
Berita berkaitan
January 24, 2026, 12:44 am
'Lu sapa?' - Bos Mydin 'sound' Ahli Parlimen DAP
January 23, 2026, 8:45 pm
Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif baharu HRD Corp berkuat kuasa hari ini
January 23, 2026, 7:38 pm
Hati-hati, 10 ajaran sesat dikenal pasti bergerak aktif di Malaysia - JAKIM
January 23, 2026, 5:17 pm
'Saya akan bincang dengan Amirudin' - Anwar cadang projek ternakan babi Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026, 2:54 pm
PTPTN kerjasama laksana pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar
January 23, 2026, 2:45 pm
Polis kesan pemandu Perodua Axia terlibat kemalangan di LPT Maran
January 23, 2026, 1:52 pm
Atlet Olimpik saman kerajaan Selangor, MBPJ cabar larangan pelihara anjing di pangsapuri
January 23, 2026, 1:41 pm
Kolam najis ladang babi bocor punca Sungai Penyalai di Tangkak tercemar
January 23, 2026, 1:32 pm
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara
January 23, 2026, 1:28 pm
