Berita Berita
Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R ketika Himpunan Anti Rumah Anutan Haram
KUALA LUMPUR 5 Feb - Polis memberi peringatan tegas kepada pihak penganjur Himpunan Anti Rumah Anutan Haram supaya tidak melakukan sebarang provokasi atau mengeluarkan kenyataan menyentuh isu sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung berhampiran kompleks beli-belah Sogo, di sini, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, peringatan itu dibuat susulan satu perjumpaan yang diadakan bersama pihak penganjur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Khamis.
Menurutnya, enam wakil penganjur hadir ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 2.30 petang bagi membincangkan perkara berkaitan perhimpunan tersebut.
“Polis telah memberikan garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk larangan menyentuh isu 3R, khususnya sepanjang perhimpunan berlangsung,” katanya ketika dihubungi.
Sazalee menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya penganjur atau peserta didapati melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.
Beliau berkata, polis daripada pelbagai elemen akan ditempatkan di sekitar lokasi bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang perhimpunan berkenaan.
Terdahulu, Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth memaklumkan bahawa pihak polis telah dimaklumkan mengenai penganjuran perhimpunan itu selaras dengan keperluan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Perhimpunan berkenaan dijangka disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dijadualkan bermula pada jam 8 malam, dengan tujuan mendesak penguatkuasaan undang-undang terhadap pencerobohan serta pembinaan rumah ibadat secara haram.
Berita berkaitan
May 14, 2026, 2:57 pm
‘Guru Bitara’ jadi teras RPM 2026-2035 hadapi cabaran AI, dunia digital
May 14, 2026, 2:28 pm
Zambia teroka pengurusan sawit mampan di Sabah, lonjak hubungan ekonomi Malaysia-Afrika
May 14, 2026, 1:48 pm
Belum ada perbincangan muktamad kurangkan kuota BUDI95
May 14, 2026, 1:44 pm
Akmal Nasir enggan ulas hala tuju politik Rafizi
May 14, 2026, 1:40 pm
Kerajaan akan saman syarikat pembekal peluru berpandu NSM
May 14, 2026, 1:35 pm
Warga Malaysia ditahan di Hatyai bersama 102kg syabu bernilai lebih RM5 juta
May 14, 2026, 1:17 pm
Lori polis bawa banduan nyaris terbabas akibat tumpahan minyak
May 14, 2026, 1:11 pm
Lelaki mabuk pandu lawan arus rempuh penunggang motosikal
May 14, 2026, 1:07 pm
Rafizi bimbang siasatan SPRM dipengaruhi unsur emosi
May 14, 2026, 1:04 pm
