Berita Berita
Kes roboh kuil: Mahkamah Tinggi batal reman Tamim Dahri, tiga rakan
SHAH ALAM 12 Feb – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan perintah reman selama dua hari terhadap aktivis antikuil haram, Tamim Dahri dan tiga rakannya yang sebelum itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam pada pagi tadi.
Keputusan itu dibuat selepas prosiding semakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad yang kemudian memerintahkan keempat-empat mereka dibebaskan serta-merta.
Peguam mereka, Aidil Khalid ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara berkenaan.
"Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi petang ini, tuan tanah sendiri, Ismail Mina, gagahkan diri naik ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, untuk menunjukkan tuan tanah memang meminta bantuan Tamim untuk pembersihan tanah yang diceroboh.
"Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi membatalkan penahanan reman dua hari terhadap Tamim Dahri dan tiga sahabatnya yang diberikan oleh majistret Chai Guan Hock pagi tadi," katanya.
Terdahulu, Majistret Chai Guan Hock membenarkan permohonan polis untuk menahan reman keempat-empat individu berkenaan bagi membantu siasatan kes yang dipercayai berkaitan dengan perobohan sebuah rumah ibadat tidak sah di Taman Rawang Perdana, awal pagi semalam.
Semalam, sebuah kuil tidak sah di Rawang, Selangor dirobohkan oleh sekumpulan individu, mengakibatkan empat tangkapan termasuk Tamim.
Peguam kepada pihak yang didakwa terbabit sebelum ini dilaporkan berkata tindakan mereka adalah selari dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "membersihkan" kuil yang tidak sah.
Untuk rekod, Tamim turut ditahan Sabtu lalu sebelum satu protes membantah kewujudan kuil sedemikian diadakan.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
