Berita Berita
PGIRM persoal keutamaan perbelanjaan kerajaan ketika rakyat diseru berjimat
KUALA LUMPUR 22 April – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) membangkitkan persoalan mengenai keutamaan perbelanjaan kerajaan susulan kelulusan peruntukan sekitar RM2.5 juta bagi program komuniti dan sambutan peringkat kebangsaan ketika rakyat sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.
Presidennya Azmi Mohd Tahir berkata walaupun pihaknya tidak mempertikaikan mana-mana sambutan atau komuniti dalam negara berbilang kaum ini namun isu ketelusan dalam penggunaan wang rakyat perlu diberi perhatian serius memandangkan ramai yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Beliau menegaskan bahawa wujud persepsi 'dua standard' apabila rakyat diseru untuk terus berjimat sedangkan pada masa yang sama perbelanjaan jutaan ringgit masih diluluskan tanpa penjelasan rasional yang meyakinkan kepada umum.
Sehubungan itu PGIRM menggesa pihak kerajaan supaya memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai keperluan peruntukan tersebut selain memastikan setiap ringgit wang negara difokuskan kepada bantuan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Prinsip berjimat cermat seharusnya dipraktikkan secara konsisten oleh semua pihak termasuk dalam pengurusan perbelanjaan negara bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah lebih telus, berhemah serta selari dengan situasi ekonomi semasa yang mencabar.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 8:20 pm
MOF cadang potong RM5.4 bilion belanja kesihatan, pendidikan tinggi perkukuh fiskal
April 29, 2026, 4:34 pm
Stok darah O dan A makin kurang, rakyat diminta menderma – PDN
April 29, 2026, 3:04 pm
Pemuda Pas desak semakan menyeluruh projek tebatan banjir di Selangor
April 29, 2026, 2:44 pm
Lelaki disyaki pukul isteri hingga keguguran direman tujuh hari
April 29, 2026, 2:19 pm
Lek Khang ada lesen senjata, tertembak diri sendiri ketika kosongkan pistol - Polis
April 29, 2026, 1:31 pm
Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada Abdul Kadir
April 29, 2026, 9:59 am
