Berita Berita
AmBank, Ramssol lancar Pay Day Now, pekerja kini boleh ambil gaji lebih awal
KUALA LUMPUR, 20 Julai – AmBank dan Ramssol Group Bhd melancarkan Pay Day Now, sebuah platform akses gaji diperoleh (Earned Wage Access atau EWA) yang membolehkan pekerja mengakses sehingga 25 peratus daripada gaji yang telah diperoleh setiap minggu sebelum hari gaji.
Penyelesaian itu diperkenalkan menerusi kerjasama dengan RAMS Fintech Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Ramssol, bagi membantu meningkatkan kesejahteraan kewangan pekerja di samping memodenkan sistem penggajian majikan.
Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, pelancaran Pay Day Now mencerminkan komitmen bank dalam menawarkan penyelesaian kewangan inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan dan tenaga kerja masa kini.
"Kami berbesar hati untuk memperkukuh kerjasama dengan Ramssol dalam menyediakan penyelesaian yang memperkasa pekerja dengan fleksibiliti kewangan yang lebih baik.
"Pada masa sama, ia membantu perniagaan meningkatkan kesejahteraan kewangan pekerja serta membina persekitaran kerja yang lebih mampan," katanya pada majlis pelancaran platform itu di Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.
Melalui Pay Day Now, pekerja boleh mengakses sehingga 25 peratus daripada gaji yang telah diperoleh setiap minggu, sekali gus membantu mereka mengurus aliran tunai jangka pendek tanpa perlu bergantung kepada pinjaman berkos tinggi.
Platform itu ditawarkan kepada pelbagai organisasi termasuk agensi sektor awam, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat korporat serta syarikat tersenarai awam.
Bagi menyokong pelaksanaan sistem tersebut, RAMS Fintech mengintegrasikan platform itu dengan penyelesaian pengurusan tunai AmBank bagi membolehkan pembayaran gaji dilakukan secara selamat dan lancar menerusi infrastruktur pembayaran masa nyata negara.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Datuk Cllement Tan berkata, Pay Day Now dibangunkan sebagai penyelesaian pertama seumpamanya di Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja moden.
Menurut beliau, platform itu memberi pekerja kawalan yang lebih baik terhadap pendapatan yang telah diperoleh, di samping membantu majikan menarik dan mengekalkan bakat dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif.
Pelancaran Pay Day Now dibuat ketika pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan jumlah tenaga kerja mencecah 16.7 juta orang pada suku pertama 2026, meningkat satu peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Kadar pengangguran pula kekal rendah pada 2.9 peratus, manakala kadar penyertaan tenaga buruh berada pada 70.9 peratus.
Menurut AmBank, kerjasama strategik itu turut menyokong agenda pendigitalan negara menerusi perluasan penggunaan pembayaran digital, peningkatan rangkuman kewangan serta pembangunan ekonomi digital hasil gabungan inovasi fintech dan kekuatan infrastruktur perbankan.
Berita berkaitan
October 30, 2026, 11:42 am
Situasi jerebu di seluruh negara semakin membaik, tiada kawasan rekod IPU tidak sihat
October 30, 2026, 11:25 am
Lebih 80,000 anjing liar ditangkap sepanjang tahun lalu susulan aduan awam
October 30, 2026, 11:05 am
Pulau Pinang dinobatkan bandar paling mesra bajet di dunia untuk nomad digital
October 30, 2026, 10:42 am
PGA rampas syabu RM434,400, tiga individu ditahan di Batu Pahat dan Muar
October 30, 2026, 10:26 am
Tapir betina 200 kilogram mati dilanggar berhampiran Hutan Simpan Bukit Bauk
October 30, 2026, 9:20 am
Anwar arah Anthony Loke, Rapid KL selesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren
October 29, 2026, 11:14 pm
'Jangan nak 'spin', JCorp tiada ladang di Indonesia' - Onn Hafiz nafi dakwaan terbabit kebakaran hutan
October 29, 2026, 10:56 pm
PRN Melaka: BERSATU umum bertanding 8 kerusi, DUN Klebang bakal saksikan saingan 3 penjuru
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
