TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar arah Anthony Loke, Rapid KL selesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta pihak Rapid KL agar mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren yang menjejas rutin harian pengguna.

Arahan terbabit dikeluarkan Perdana Menteri susulan maklum balas beliau terhadap hantaran seorang pengguna media sosial di platform Threads yang mengadu mengenai situasi kesesakan teruk yang dihadapi penumpang setiap hari di stesen tren ibu kota.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kerajaan perlu lebih peka dan bertindak pantas dalam mendepani isu pengangkutan awam yang kerap berulang sehingga mengganggu kelancaran aktiviti seharian rakyat.

Maklum balas terbuka Ahli Parlimen Tambun itu mendapat perhatian luas pengguna media sosial dengan meraih puluhan ribu tanda suka dan pelbagai komen yang menyokong ketegasan beliau.

Isu kesesakan laluan rel sebelum ini dilaporkan terus menghimpit pengguna di ibu kota berikutan beberapa insiden gangguan perkhidmatan, termasuk kes kecurian kabel membabitkan laluan KLIA Ekspres serta lonjakan kapasiti penumpang di laluan MRT. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset