TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lebih 80,000 anjing liar ditangkap sepanjang tahun lalu susulan aduan awam

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara berjaya menangkap sebanyak 80,412 anjing liar menerusi 24,195 operasi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa tindakan berskala besar terbabit diambil susulan penerimaan 45,804 aduan kacau ganggu berkaitan haiwan terbiar yang direkodkan kementeriannya dalam tempoh berkenaan.

Beliau menjelaskan perkara terbabit dalam jawapan bertulis di portal Parlimen hari ini bagi menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berhubung strategi menangani populasi anjing terbiar serta tindakan terhadap pemilikan yang tidak bertanggungjawab.

Daripada jumlah anjing yang ditangkap, sebanyak 22,228 ekor telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dituntut pemilik, atau diserah simpan menerusi program anjing angkat.

Kor Ming turut menegaskan bahawa PBT berhak mengenakan kompaun ke atas pemilik yang membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran, manakala kes kecuaian yang mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada orang awam boleh disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset