Berita Berita
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
KUALA LUMPUR 29 Okt - Sebarang kerjasama politik menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) perlu mengutamakan kepentingan rakyat, selain memastikan kestabilan pentadbiran serta kelancaran pelaksanaan agenda reformasi negara.
Fuziah Salleh berkata, pendekatan kerjasama sedemikian bukan sesuatu yang asing dalam landskap politik Malaysia kerana persefahaman antara kerajaan dan pihak lain pernah dilaksanakan sebelum ini.
Menurutnya, pada 2021, Pakatan Harapan (PH) pernah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama kerajaan ketika itu.
Beliau berkata, persefahaman berkenaan bertujuan memastikan kestabilan politik dapat dikekalkan supaya pentadbiran negara berjalan lancar demi kepentingan rakyat.
Fuziah berpandangan, pelaksanaan CSA boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat, khususnya dalam mewujudkan suasana politik lebih stabil.
Katanya, pihak yang menandatangani perjanjian berkenaan berpeluang memperoleh manfaat daripada persefahaman yang dicapai, manakala kerajaan mendapat kestabilan untuk meneruskan agenda reformasi dan pembangunan negara.
Beliau menyifatkan pendekatan itu sebagai situasi menang-menang atau win-win situation yang boleh memberikan kelebihan kepada pihak berkepentingan.
Bagaimanapun, Fuziah menegaskan bahawa rakyat seharusnya menjadi pihak yang memperoleh manfaat paling besar daripada sebarang kerjasama politik yang diwujudkan.
Menurutnya, setiap persefahaman yang dicapai tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada kepentingan politik, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat.
Beliau menekankan bahawa kestabilan politik yang terhasil daripada kerjasama sedemikian perlu dimanfaatkan untuk memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
