TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PGA rampas syabu RM434,400, tiga individu ditahan di Batu Pahat dan Muar

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT, 30 Okt. – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat 5,224.40 gram dalam operasi membanteras kegiatan pengedaran dadah di Batu Pahat dan Muar Selasa lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Superintendan Shohaiami Ismail memaklumkan bahawa operasi oleh Cawangan Risik Batalion 6 PGA Muar itu dijalankan di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Batu Pahat dan Kampung Sarang Buaya Laut, Muar.

Operasi terbabit turut menyita dua buah kenderaan iaitu Toyota Vios dan Honda Civic FD yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan berkenaan, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM434,400.

Kesemua tangkapan dan barang kes telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

PGA terus menyeru orang awam agar memformulasikan kerjasama rapat dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah bagi menjamin keselamatan masyarakat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset